Friday 20 July 2012

My Daddy =)

Assalamualaikum umat-umat islam di luar sana . Lepas cerita pasal ibu aku , aku nak cerita pasal daddy aku . Hero akulah kata kan . Nama dia Zeffrul bin Dato Mustafar . Dia lahir tanggal 17hb September 1970 . Dia ini tak tetap kerja dia . Tapi dia dah banyak beri kami rezeki semua . Ini mesti sebab Allah S.W.T sayang dia . Dia ini kadang-kadang strict jugak orang nya . Tapi dia tetap cool . Dia layan kerenah gila-gila adik beradik aku . Dia pun berteknologi moden . Macam-macam handphone dah dia guna . Hobi dia aktiviti lasak . Dia pernah buat satu Kem Motivasi dekat Kuala Rompin . Banyak dah orang luar join kem dia . Sekarang ni, kem itu dah hancur sebab bencana yang timpa waktu kita orang tengok cerita 'Battleship" kat Kuantan . Atap dewan makan hancur . Surau runtuh . Semualah rosak . Sampai melibatkan orang mati . Macam ribut taufan . Menyedihkan kalau kau orang semua tengok kem tu . Tapi ayah aku tetap tabah menghadapi semua tu . Kem tu dah mula untuk perbaiki hari ini . Haha . Ayah aku suka travel juga tao . Kita orang pernah pergi Australia . Ayah aku ni pun fasih berbahasa inggeris . Aku pun ikot jejak dia untuk pandai berbahasa inggeris . Satu hari nanti kalau Allah beri kami sefamily rezeki , aku nak ajak family aku pergi Umrah . Amin . Jadi itu saja lah pasal ayah aku . Hero aku . Byebye =) 

No comments:

Post a Comment