Friday 20 July 2012

BEAST is the B2ST >:D

Assalamualaikum kau orang semua . Gambar dekat atas ini adalah gambar kumpulan korea yang pertama aku minat dalam hidup aku . B2ST atau BEAST . Maksud beast tu bukan maksud dia orang ni ganas macam raksasa . Beast dia orang bermaksud "Boys of East Standing Tall" . Semestinya setiap kumpulan ada ketua . Ketuanya adalah Yoon Doojoon . Dia pandai main bola sepak . Tapi dia takdalah masuk dalam EURO atau apa-apa pertandingan . Dia ketua yang berdedikasi . Setiap kumpulan ada Dancer iaitu penari yang paling handal dalam kumpulan itu . Dancer dia adalah Jang Hyunseung . Tapi , dia ni jenis serious skit . Tak suka main-main . Kadang-kadang je . Rap singer untuk kumpulan dia orang ni adalah Yong Junhyung . Dia yang reka lirik rap untuk lagu-lagu b2st . Dia juga suka Pokemon . Dia yang paling macho dalam group aku rasa . Setiap kumpulan ada vokalist . Vokalist dia adalah Yang Yoseop . Suara dia memang power ! Dia pun pandai kontrol suara macam artis-artis lain . Setiap member dalam group ni semua badan berotot . Tapi yang paling berotot adalah Lee Gikwang iaitu Superstar dalam group itu . Dia yang buat kumpulan ini makin terkenal . Dia juga banyak berlakon . Antara cerita yang dia berlakon adalah 'High Kick' . Kumpulan-kumpulan korea akan labelkan member yang termuda sebagai "Magnae" . Magnae dalam group ini adalah Son Dongwoon . Dia pandai main piano . Dia juga adalah pelawak dalam group ini . Dia sentiasa mengharapkan abang-abang dia berjaya dalam career masing-masing . Album-album b2st yang aku tahu adalah "Beast is the B2st", "Shock of the new Era" , "Mastermind" , "Lights go on again" , "My story" , "Fiction and Fact" dan yang terbaru yang akan keluar pada 22hb July 2012 adalah "Midnight Sun" . Lagu-lagu yang paling aku minat dalam B2st adalah "Bad Girl","Shock","Soom","I'm sorry","Fiction" dan "I Knew It". Member yang aku jadikan sebagai idola aku adalah :
Son Dongwoon . Walaupun dia yang paling tak terserlah dalam group , aku pilih dia sebab dia berkarisma , bijak math (tu sebab aku jadikan dia idola aku , dia bijak math , aku tak) , dan dia takkan berputus asa . Pernah sekali dia berkerja keras untuk semangatkan b2st . Dia berlatih nari "Soom" sampai dia pengsan . Itulah semangat yang tinggi . Lepas itu , aku pilih dia sebab ada segelintir daripada kawan aku cakap , muka aku ada iras-iras macam Dongwoon . Haha . Bangga Kejap . Jadi itu sajalah yang aku kongsikan pasal B2st  .So Bye-Bye.

No comments:

Post a Comment